Monday, April 22, 2013

Mahu Membantu Kempen PAS?

AsSalamualaikum Sahabat Sekalian

14 April lalu telah diadakan sesi seminar kempen pilihanraya bersama Dr Hatta Ramli dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

Mereka menyeru supaya petugas dan penyokong parti supaya ceritakan fakta sahaja dan memelihara akhlak dan tingkahlaku sepanjang berkempen.

Berikut adalah link untuk download bahan kempen:https://www.dropbox.com/s/91b8lmj6knimuj7/OpsHamparanHijau%20%2B%20Manual.zip

Mohon setiap DUN dan PARLIMEN pilih 5 mesej sahaja supaya mesejnya bertumpu. Lebih baik pengundi ingat 5 mesej daripada diberi 10 tapi ingat 1 sahaja.

Ini pula contoh aplikasi yang telah dilakukan oleh Muslimat PAS DUN Ulu Klang dengan poster rekaan mereka sendiri:https://www.dropbox.com/s/ler739i55l16i0e/Contoh%20aplikasi.zip

Didoakan akhlak dan usaha kita membantu kemenangan.

Thursday, April 18, 2013

Kempen Positif

Jika hendak diikutkan hati, ana memang tidak mahu ambil port langsung pasal PRU ini. Kalau boleh mahu pergi pangkah di peti undi sahaja.

Tapi pagi tadi sahabat ana yang menjadi petugas PAS beri kit poster kempen yang positif. Ana pun apa lagi, sharelah di FB ana yang tak banyak friend tu. 48 share juga jadinya.


Siapa yang mahu kit poster ini boleh PM ana di FB atau tinggalkan komen di sini. Ada sahabat ana pula sibuk buat blog untuk letak semua poster ni. Nanti dah online ana bagitau.


Monday, April 15, 2013

Renungan Dalam Kebun

Sudah lama ana tidak menulis dan sudah banyak perkara yang berlaku sejak entri yang lepas.

Melihat keadaan semasa memang terasa rimas, terasa hendak jadi Ashabul Sawit sahaja. Jaga pokok, tuai hasil, dan melepak bersama pekerja-pekerja dari seberang. Hanya fikir kerja, makan, solat dan tidur. Tidak ada perkara lain.

Mudah sahaja hendak lari dari masalah dunia ini tetapi sekarang dalam kebun ana pun dapat 3G. Tu boleh terbaca pula status FB seorang sister ini:

"Dakwah itu Jihad, Jihad memerlukan strategi." Kata orang tua itu. 

Ana tak tahulah apa konteks sister tersebut tetapi disebabkan mood PRU ana terfikir dalam mood PRU. Apalah strategi mereka yang memperjuangkan perkara yang haq dalam PRU ini? Nampak macam tiada strategi sahaja...

Kembali bercakap dengan pokok sawit jawabnya...