Tuesday, November 23, 2010

Teman Wanita vs Calon Isteri

Ayah ana selalu berpesan, cari calon isteri bukannya cari teman wanita. Alhamdulillah, ana memang dididik untuk tidak berpacaran tetapi bagi kebanyakan rakan-rakan teman wanita itu dianggap sama sahaja seperti calon isteri.

Namun, pengalaman ana sendiri melihatkan calon isteri ternyata jauh berbeza dengan pengalaman rakan-rakan ana bersama teman wanita mereka. Antaranya:

  1. Teman wanita demanding tetapi calon isteri understanding
  2. Teman wanita minta dibawa ke sana-sini tetapi calon isteri hanya berjumpa di rumah keluarganya
  3. Bila sudah dibawa berjalan ke sana-sini sudah tentu teman wanita minta dibelanja tetapi dengan calon isteri kita makan percuma di rumahnya (bila ada keperluan untuk berbincang tentunya)
  4. Teman wanita akan sibuk untuk ditayang-tayang tetapi calon isteri 'disorokkan' sahaja sehinggalah hampir kepada hari walimah
  5. Teman wanita belum tentu dipersetujui oleh keluarga tetapi calon isteri sudah selesai perkara itu
  6. Teman wanita akan merasakan dia istimewa tetapi calon isteri akan berkomunikasi dengan hormat
  7. Teman wanita akan sibuk bertanyakan ke mana kita pergi lepak malam-malam dengan kawan-kawan lelaki tetapi calon isteri tidak! (Bahagia betul!)
Nota kaki: Kadang kala, calon isteri juga akan minta perkara-perkara yang diminta oleh teman wanita tetapi tidaklah begitu kerap.