Namun, pengalaman ana sendiri melihatkan calon isteri ternyata jauh berbeza dengan pengalaman rakan-rakan ana bersama teman wanita mereka. Antaranya:
- Teman wanita demanding tetapi calon isteri understanding
- Teman wanita minta dibawa ke sana-sini tetapi calon isteri hanya berjumpa di rumah keluarganya
- Bila sudah dibawa berjalan ke sana-sini sudah tentu teman wanita minta dibelanja tetapi dengan calon isteri kita makan percuma di rumahnya (bila ada keperluan untuk berbincang tentunya)
- Teman wanita akan sibuk untuk ditayang-tayang tetapi calon isteri 'disorokkan' sahaja sehinggalah hampir kepada hari walimah
- Teman wanita belum tentu dipersetujui oleh keluarga tetapi calon isteri sudah selesai perkara itu
- Teman wanita akan merasakan dia istimewa tetapi calon isteri akan berkomunikasi dengan hormat
- Teman wanita akan sibuk bertanyakan ke mana kita pergi lepak malam-malam dengan kawan-kawan lelaki tetapi calon isteri tidak! (Bahagia betul!)
Nota kaki: Kadang kala, calon isteri juga akan minta perkara-perkara yang diminta oleh teman wanita tetapi tidaklah begitu kerap.
No comments:
Post a Comment